Penambahbaikan Baru Pinjaman Perumahan Kerajaan,

LPPSA Untuk Tahun 2018

Ini secara ringkasnya penambahbaikan yang dibuat oleh LPPSA bagi tahun 2018:

✅ Yuran Guaman boleh dimasukkan dalam pinjaman perumahan, LPPSA.

Komen kami ðŸ“£:
Ini untuk yuran guaman sahaja. Secara kasarnya, yuran guaman adalah 2% daripada harga rumah.

Contoh jika harga rumah RM 300,000; maka yuran guamannya adalah RM 6,000.

Kos RM 6,000 ini boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Ini membantu peminjam menjimatkan mengeluarkan wang poket sendiri. Cuma, sedikit kekurangan adalah; nilai pinjaman sudah tentu meningkat sedikit bagi menampung yuran guaman.

Tapi; apa ada hal kan. Biasanya kita mahu mengurangkan beban mengeluarkan wang yang banyak di peringkat awal.

Tapi kena ingat; yuran guaman sahaja ya yang boleh dimasuk dalam pinjaman; lain-lain caj seperti duit setem pindah milik; caj gadaian dan lain-lain masih perlu ditanggung oleh peminjam.

Soalan❓:
Kalau pinjaman lulus sebelum 1 Januari 2018 dan yuran guaman belum dibayar, adakah ia masih boleh dimasukkan dalam pinjaman?

Jawapan⭐:
Sila rujuk peguam anda. Mengikut pekeliling pinjaman perumahan LPPSA ini, BOLEH dengan syarat peguam anda menggunakan dokumen versi 2.2016.

✅ Combine loan antara ayah/anak atau mak/anak dengan syarat kedua-dua kerja kerajaan dan anak kandung sahaja.

Komen kami📣:
Adik beradik masih tak boleh. Ia hanya antara ayah dan anak atau mak dan anak.

✅ Combine loan antara pasangan suami isteri dengan salah seorang kerja kerajaan dan seorang lagi kerja BUKAN KERAJAAN.

Pakej combine ini akan dibiayai LPPSA bagi pasangan kerja KERAJAAN dan bank bagi salah seorang lagi pasangan yang kerja BUKAN KERAJAAN.

Bank yang terlibat buat masa ini adalah Bank BSN sahaja. Bank lain akan dimaklum oleh LPPSA dari masa ke semasa jika mereka menyertai pakej ini.

Komen kami📣:
Jika isteri kerja kerajaan dan suami kerja BUKAN KERAJAAN, katakan jumlah loan RM 300,000 dengan dipecahkan RM150,000 isteri dan RM 150,000 suami;

Loan RM 150,000 isteri akan dibiayai oleh LPPSA.
Loan RM 150,000 suami akan dibiayai oleh Bank BSN.

Soalan❓:
Adakah faedah pinjaman (interest) bagi suami yang kerja BUKAN KERAJAAN adalah 4% mengikut kadar pinjaman kerajaan atau mengikut kadar semasa bank?

Jawapan⭐:
Kami tak boleh jawab buat masa ini.

Kami akan merujuk pihak Bank BSN bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

🖨 Muat turun pekeliling baru LPPSA disini:
https://goo.gl/eiKN6m

"Miliki Rumah Idaman Anda"

"Kontraktor Bina Rumah di Kelantan"

"Kontraktor Bina Rumah di Terengganu"