Ada apa dengan Hari Bumi buat Mahligai Idaman?

Bina rumah banglo mungkin tidak sebesar impaknya terhadap alam sekeliling namun kami komited untuk terus memberikan yang terbaik dalam mengenengahkan elemen-elemen mampan atau mesra alam sekitar dalam setiap projek kami. Tanggal 22 April setiap tahun, telah dipilih oleh masyarakat secara global untuk memberikan kesedaran akan bagaimana setiap tindakan dan pelaburan yang dibuat pada hari ini memberikan kesan baik berpanjangan terutama pada generasi yang akan datang. Di sini kami akan senaraikan apakah langkah-langkah yang telah kami ambil untuk menyokong inisiatif tersebut.

earth day

Penambahbaikan penggunaan teknologi

Sebagaimana yang sedia maklum, pengurusan mahligaiidaman sentiasa menambahbaik penggunaan teknologi yang digunakan dalam proses kerja, baik di tapak ataupun pejabat. Teknologi komunikasi dan maklumat yang ada pada hari ini mampu membantu mengurangkan penggunaan kertas terutama bagi urusan pejabat dengan memberikan lebih informasi kepada klien melalui platform yang lebih mudah difahami dengan bantuan 3D Model yang boleh diakses melalui komputer di mana sahaja. Manakala penggunaan teknologi yang lebih efisyen di tapak mampu mempercepatkan tempoh pembinaan sekaligus mengurangkan pencemaran yang akan dilepaskan kepada alam sekitar seperti asap kenderaan dan bahan buangan.

 

Kitar Semula

Tapak pembinaan merupakan antara penyumbang kepada bahan buangan. Pembaziran terhadap bahan-bahan terpakai boleh dilihat jika tidak diurus dengan baik. Pengurusan teknikal tapak mahligaiidaman telah pun diarahkan untuk memikirkan bagaimana bahan-bahan yang terpakai dapat digunapakai dengan semula tanpa memberikan kesan terhadap kualiti akhir sesuatu kerja di tapak. Untuk makluman, bahagian teknikal mahligaiidaman telah pun memulakan inisiatif dengan mengamalkan penggunaan "formwork" yang mampu digunakan melebihi dari 10 buah tapak projek. Idea yang dipraktikkan ini mampu memberikan kesan yang baik terhadap alam sekitar dan memberikan penjimatan lumayan buat syarikat.

 

Pengenalan bahan-bahan baru yang lebih mampan

Dengan kemajuan teknologi dan sistem pembinaan yang ada, lebih banyak bahan-bahan baru telah diperkenalkan di dalam industri pembinaan yang mana ianya lebih mesra alam dan memberikan kualiti akhir yang diingini. Sebagai contoh sejak pada akhir tahun 2016, kebanyakkan projek-projek di mahligaiidaman menggunakan laminating flooring sebagai alternatif kepada penggunaan Jubin bagi tujuan pelantaian. Laminating flooring mewujudkan suasana di dalam rumah yang lebih tenang istimewa dan eksklusif melalui tekstur yang seakan-akan kayu.

 

Belajar dan Terus Belajar!

Pengurusan mahligaiidaman menyambut baik usaha kerajaan melalui CIDB yang aktif memberikan panduan dalam memacu industri pembinaan menjadi lebih mampan pada masa akan datang. Pengenalan inisiatif seperti mycrest (http://www.cidb.gov.my/index.php/en/bidang-utama/pembinaan-mampan/mycrest) mampu membantu industri bergerak hadapan dengan mengambil kira hal-hal berkaitan alam sekitar. Usaha-usaha lain seperti ini membantu syarikat bina rumah seperti kamu mengemaskini pemahaman bagaimana kami mampu menyumbang sesuatu kepada bumi ini khususnya.

 

Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia!

 

Nak bina rumah idaman anda? Klik link dibawah ye !