Tuesday, July 11, 2017

DOKUMEN - UNIFORM MENGANDUNG MENARA OPTOMETRY CENTRE

 

UNIFORM MENGANDUNG MENARA OPTOMETRY CENTRE

 

Merujuk kepada perkara di atas.

 

Uniform tersebut telah ditempah pada Dec 2016 : PO bertarikh 27/12/2017, telah saya emailkan PO tersebut kepada Fendi pada 29/12/2016 dan pada tarikh yang sama, saya telah terima Quotation daripada pihak anda. Untuk makluman, dalam PO tersebut terdapat jugak tempahan untuk kain.

 

Deposit 50% telah dibayar melalui cheque deposit Maybank pada 12/1/2017 berjumlah RM5208.97 (sila lihat lampiran) dan telah terima “Payment Receipt” Invoice #100.00.276 daripada pihak anda. Pada 24/1/2017 saya terima email dari Najihah mengatakan baju dah siap. Saya maklumkan baju tersebut dihantar ke Menara Optpmetry Centre Sdn. Bhd. Pada 26/1/2017, Mohd Yusof telah menghantar baju tersebut serta mengambil cek untuk baki bayaran berjumlah RM5208.97. (sila lihat lampiran).

 

Selepas beberapa hari, baju tersebut saya agihkan kepada staff yang memerlukan dan mendapat maklum balas mengatakan kedudukan tali terlalu tinggi dan tidak boleh diikat dan bahagian depan terjungkit. Perkara tersebut telah saya maklumkan kepada Yusof, Najihah dan juga En Fadhil untuk datang mengambil kembali baju mengandung tersebut untuk di “alter”. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada wakil dari pihak Creeper Creative yang datang. Yusof beberapa kali membuat panggilan maklumkan akan datang, tapi tidak jugak muncul dan tiada sorang pun maklum kepada saya bahawa anda tidak dapat datang.

 

 

Kesian pada staff-staff saya yang terpaksa juga pakai dan ada yang alter sendiri kerana menunggu terlalu lama untuk di alter. Di sini saya sertakan beberapa dokumen dan bukti pembayaran yang telah di buat oleh pihak kami seperti yang di minta oleh En. John. Sila rujuk lampiran.

 

Sebelum ini saya rasa creeper tidak beri sebarang masalah pun, semuanya berjalan lancer seperti yang pihak kami mahukan, jika  ada yang perlu di alter pun dengan cepat pihak anda bertindak. Tapi sekarang saya agak kecewa dengan cara pengurusan anda. Saya berharap sangat mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak anda. Harap maklum

No comments:

Post a Comment