BUAT RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Seperti yang kita sedia maklum rumah merupakan keperluan asas pada zaman kegemilangan ini bukan sahaja masa kini malah sejak zaman-berzaman lagi rumah amat peting.

Tapi dengan kos sara hidup masa kini rumah kebanyakanya rumah dijual dengan harga yang mahal sampai sesetengah orang tidak mampu memilikinya.

Ada juga rumah yang mampu milik tapi semuanya diibaratkan macam belum edar iklan sudah "sold out".

Tapi dengan zaman yang serba canggih ini jarang sekali rumah yang kita jumpa bawah RM100 ribu.

Pernah tak terfikir nak buat rumah sendiri sebab tanah pun sudah ada tapi sayang kebanyakannya tidak tahu bagaimana proses dalam membina rumah dan cara pengurusannya.

Oleh kerana, pengetahuan tersebut amat penting untuk kita yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.

Buat Rumah Atas Tanah Sendiria

Geran Tanah

Perkara pertama yang kita perlu ada ialah geran tanah atas nama kita sendiri.

Jika geran tanah tersebut mempunyai banyak penama mungkin akan menjadi lebih rumit untuk menukar penama geran tanah tersebut apabila rumah sudah mula dibina kerana ia mungkin akan mengambil masa agak lama.

Syarat untuk geran tanah itu juga mestilah untuk kegunaan jenis kediaman atau bangunan. Jika geran tanah kita atas jenis kegunaan pertanian lebih elok  menukarnya terlebih dahulu untuk memudahkan urusan membina rumah atas tanah sendiri.

Tanah yang kita miliki juga mestilah bebas dari semua sekatan melainkan tanah kita mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

Jika tidak kemungkinan rumah yang kita bina tidak sah dibina dibawah undang-undang kerajaan.

Keluasan yang kita ada perlulah memiliki luas melebihi 450mp ke atas untuk memenuhi syarat-syarat anjakan bangunan yang telah ditetapkan.

Syarat ini mestilah diikuti kerana 'siteback' kearah jalan mestilah 20kaki dan kiri, kanan dan belakang 10kaki.

Buat Rumah Atas Tanah Sendiri

Kita juga mestilah memastikan tanah yang kita ada perlu di tambung tanah atau tidak.

Jika tanah kita tidak perlu ditambung lagi memudahkan urusan kita.

Tapi jika ianya perlu di tambung juga tidak ada masalah kerana ianya masih boleh dirunding.

Jika tanah kita sudah ada batu sempadan yang disahkan dan sudah mempunyai batu sempadan yang sudah berada di dalam lot. Jika ianya belum ada mungkin prosesnya agak menyusahkan kerana kita perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula tanah kita. Jika tanah kita tanah kosong ianya lagi mudah dan kos pembinaanya lebih jimat.

Apa yang dimaksudkan dengan tanah kosong ialah tanah yang sudah di clearing jadi lebih mudah untuk terus memulakan pembinaan.

Jika tidak ia mungkin mengambil masa dan kos untuk memulakan clearing.

Syarat seterusnya admin akan kongsikan pada posting yang akan datang !

Selamat Membaca !

"Miliki Rumah Idaman Anda"