Dekorasi Rumah Yang Betul

Rumah idaman anda sudah siap dibina mengikut cita rasa reka bentuk yang diidamkan namun ia memerlukan sentuhan "magis" yang membangkitkan aura rumah tersebut.

Jadi bagi membantu supaya anda lebih mudah untuk melakukan dekorasi yang bersesuaian, di sini kami sediakan beberapa panduan yang diperolehi dari pakar hiasan dalaman.

Berikut ialah antara perkara yang PERLU BUAT dan JANGAN BUAT dalam dekorasi rumah anda.

Dekorasi Rumah

PERLU BUAT !

Mozek Besar

Saiz mozek ( atau jenis pelantaian lain) yang diguna pakai memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang lebih luas tenang.

Trend semasa bagi mozek bersaiz besar dikira sebagai aksesori pelantaian bagi masa kini. hingga penggunaanya turut melibatkan ruangan bilik air dan juga kabinet dapur.

 

Konsep "Minimalism"

Dengan "style" keadaan kehidupan masa kini yang sentiasa bergerak pantas, inginkan keadaan yang ringkas tetapi selasa dan ruang yang praktikal menjadikan konsep ini begitu sesuai dan mudah diterima ramai. Dengan konsep ini rumah kelihatan lebih luas dengan pemilihan aksesori dan perabut yang tidak menganggu pergerakan.

dekorasi rumah

Pemilihan Fabrik

Sesuai dengan budaya ketimuran masyarakat kita, pemilihan fabrik banyak dapat dilihat pada langsir, sofa, katil dan sebagainya. Pemilihan corak dan fabrik mampu menghidupkan sesuatu ruang di dalam rumah anda menjadi lebih segar dan selesa.dekorasi rumah

 

Aksesori Pencahayaan

Pemilihan aksesori untuk tujuan pencahayaan di dalam rumah harus disesuaikan mengikut konsep dan tujuan ruang tersebut.

Pemilihannya memainkan peranan penting bagi mewujudkan "drama" atau identiti bagi ruang yang terlibat.

 

dekorasi rumah

Elemen alam

Terdapat pelbagai elemen semula jadi yang dapat digunakan di dalam rumah bagi tujuan dekorasi seperti batu sungai, pokok dan sebagainya. Namun ianya perlu disesuaikan dengan konsep dan tujuan sesuatu ruang di dalam rumah. Pastinya ruang anda akan lebih kelihatan selesa dan kasual.

 

JANGAN BUAT  . ( JANGAN BUAT )

Jangan terburu-buru

Sedia maklum dalam proses pemilihan dekorasi dan aksesori bagi rumah anda, idea dan keinginan akan datang mencurah-curah sehingga anda keliru dengan konsep atau keinginan yang perlu dikuti. Kesudahannya, mungkin ada elemen dekorasi anda tidak bersesuai serta tenggelam dari sudut praktikalnya.

 

Jangan ambil mudah pemilihan warna cat

Penggunaan warna bagi sesuatu ruang amat lah penting, pastikan ianya dipilih bersesuaian dengan fungsi dan aksesori lain yang akan digunapakai bagi ruang tersebut.

 

Jangan me"rojak"kan aksesori rumah anda

Pemilihan aksesori menyerlahkan akan identiti konsep rumah tersebut. Penggunaan lampu kipas tingkap dan pintu atau perabut harus bersesuaian dengan konsep.

Oleh itu, bagi tujuan reka bentuk yang menarik dan bersesuaian, serta pemilihan komponen rumah yang premium dan bersesuaian dengan konsep, semuanya anda boleh dapati di Mahligai Idaman.