MEETING..MEETING..MEETING!!

Meeting Bina Rumah

Assalamualaikum !
Selamat malam buat pengunjung website mahligaiidaman.com..
Hehe, admin harap sek demo x stress deh dengar perkataan "meeting" ni.

Seperti yang sedia maklum la, setiap benda yang kita buat tambahan pula  benda molek ni kenolah ada meeting dulu.

Baik benda yang kecil hinggalah ke perkara yang besar.

Impak atau kesan positif meeting ni sangat besar, terutama bidang kerja yang mana anda perlu membuat keputusan yang penting pada setiap masa dan keadaan contohnya bidang pembinaan ni kan.

Tukang Bina Rumah

Secara ringkasnya, admin toksey pergi detail sangat, kalau sebut pasal meeting dalam bidang pembinaan ni terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah;

_Site Possession Meeting_
Haa, ni adalah meeting first dalam peringkat pembinaan di tapak. Kebiasaanya, penerangan berkaitan keperluan kontrak, pengenalan project members yang terlibat dan juga penyerahan dokumen penting seperti lukisan pembinaan. Meeting ni semua project team members kena datang.

_Site Progress Meeting_
Dalam meeting ni kita akan bincang berkaitan kesiapan di tapak dan isu-isu yang terlibat dan juga untuk track dari sudut kewangan yang diperuntukkan bagi setiap satu projek. Project manager, contract admin , konsultan (jika perlu) dan pemilik rumah (jika perlu) adalah antara watak-watak penting dalam meeting ini.

_Sub-Contractors Meeting_
Meeting ni pula lebih kurang fungsinya dengan progress meeting tapi kalai ni sub-con sendiri yang akan tunjuk progress dan masalah di tapak.

_Ad-Hoc Meeting_
Meeting yang macam ni pula kita akan buat bila ada emergency issues maybe pada tapak, drawing atau lain. Ataupun juga jika melibatkan kerja-kerja tambahan atau V.O yang memerlukan kelulusan dari pengurusan.

Semestinya la dalam setiap meeting tu ada dokumen yang perlu disediakan untuk memastikan tercapai maksud meeting dijalankan. Dengan itu, sekian perkongsian dari admin untuk minggu ni. Semoga semua orang dapat ambil manfaat ya.

"Miliki Rumah Idaman Anda"