Apa itu "roof beam" dan "first floor slab" ?

Pandangan masyarakat masa kini sangat berbeza mengenai dua perkara berikut.

Pelbagai soalan yang sering ditujukan oleh segelintir
masyarakat yang ingin mengetahui proses yang dijalankan bagi sesi pembinaan kepada
kontraktor yang mengendalikan projek yang diberikan.

Antaranya adalah mengenai beam atas dan juga papak lantai yang pertama.

Di sini saya ingin menerangkan dengan lebih mendalam mengenai apa itu beam atas atau roof beam.

Roof Beam

Beam atas ini adalah salah satu benda yang sangat penting dalam sektor pembinaan sesebuah rumah.

Fungsi beam atas juga adalah untuk menanggung beban bumbung yang bakal dibina setelah siap semua pembinaan atau pemasangan kerja konkrit yang telah dijalankan dengan memasukkan konkrit ke dalam acuan formwork.

Kebiasaannya, beam atas ini dilakukan selepas selesainya kerja-kerja ikatan bata dinding. Proses bagi kerja-kerja beam atas ini kadangkala memakan masa dalam 1-2 minggu sahaja untuk memastikan beam tersebut betul-betul kuat dan kukuh.

 Apa itu first floor slab

Lebih dikenali sebagai papak lantai yang pertama.

Pada pandangan saya , papak lantai yang dibina atas tanah biasanya terdiri daripada lapisan asas,
lapisan pasir, lapisan konkrit dan akhir sekali adalah lapisan kemasan.

Bagi pembinaan lantai yang pertama adalah sangat penting bagi permulaan pembinaan sesebuah rumah yang dibina.
Tapak konkrit ini terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir.

Lapisan konkrit ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarang kemasan yang akan dibuat pada permukaannya.

Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

Dengan siapnya pembinaan papak lantai iaitu lapisan tapak konkrit anggaran setebal 75mm sahaja sebagai lapisan yang pertama.

Seterusnya , mengapa perlu menggunakan kedua-dua struktur tersebut dalam membina sesebuah rumah adalah sangat penting dalam kerana tanpa struktur tersebut pembinaan rumah tidak akan sempurna dan juga kukuh dari segi kekuatan beam mahupun sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan cara pemasangan dan juga pembuatan yang betul, kemas serta tiada kecacatan yang berlaku adalah bergantung kepada orang yang melaksanakan kerja tersebut bagi mengukuhkan struktur itu dari berlakunya kerekahan atau sebaliknya.

Bagi kemahiran pemasangan untuk beam atas serta papak lantai juga sangat penting kerana sebarang teknik pembuatan yang digunakan dalam melaksanakan sesuatu kerja adalah bertujuan memastikan bahawa susunan kerja yang dirancang itu mesti mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Antara matlamat yang ditetapkan adalah menyiapkan struktur tersebut
mengikut jadual ,kos yang diperuntukkan dan masa yang telah ditetapkan.

Di samping itu aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat kerja adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan keadaan tapak projek itu sendiri. Demikian itu sahaja yang mampu saya kongsikan buat masa ini mengenai kedua-dua struktur yang ada dalam sektor pembinaan yang dilaksanakan bagi membina sebuah rumah yang cantik , indah dan juga selesa.